fayazure's avatar

fayazure

^_^
159 Watchers32 Deviations
18.2K
Pageviews

emm . . ?

1 min read
Salam,
aku pun tak tau nak cakap apa.
Korang la start dulu nak cakap apa.
Okay.
Tengs!
Bye. 



p/s: ntah ada lagi ke tak ntah orang kat sini. hahahahahaha~
Join the community to add your comment. Already a deviant? Log In

5 jan.

1 min read
well, aku rasa hidup aku better skrg. hehe. lepas phone aku "hilang" bbrp minggu yg lepas, (actually, aku lupa taruk mana, n battery abis plak time tu) hidup aku aman sesangat. Kurangnya cust call/wassap aku memang nikmat. :) Aku x rasa nak cari phone baru plak. sorry lah ye sape2 yang spam call no aku tu. Aku perlukan ketenangan lepas 2 tahun layan karenah cust. aku pun xda mood nak borak2 etc. Sorry. Stress selama bertahun ni mmg berat bagi aku. Kthxbai.


Join the community to add your comment. Already a deviant? Log In

sinopsis. :)

6 min read
Assalamualaikum WBT.

1stly, aku pun malas da nak ckp yang dA aku ni da berhabuk/sawang etc. Realitinya, yep. Memang pun. Haha.
Last aku update journal ialah 44 minggu, 4 hari yang lepas. Yep. Nak senangkan korang paham, Januari yang lepas. Ya Allah! Cepat nya masa berlalu. Aku sungguh x sangka! Serius! 

--

Budak Praktikal.
-yeh. skali masuk 8 orang. so far aku kat sini, budak2 ni smua mmg best. ade jugak yang nak kene sepak je. Haha.
cuma diorg 3 bulan je. Sekejap sgt oh! Best diorg ada. Meriah! Iwan, Madi, Kina, Bibi, Huda, Biha, Fath & Hana, aku doakan korang berjaya dlm hidup. Yang penting korang usaha shj lah ya. Insyallah. :')
Oh ya. Esok ade 2 budak praktikal baru masuk! 

Pergelangan Tanganku
-emmm.. ianya mula sakit lagi. sama cam yang aku ckp kat journal aku yang LEPAS. Amat menyedihkan yang aku terpaksa kurangkan/henti lukis. Aku memang camni. Selalu je sakit. xD
Mungkin smua ni ada hikmahnya. Redha shj lah ya~ :')

Reaksi kawan lama.
-Bila jumpa/terserempak ngan kawan lama, mesti ayat pertama diorg :
" Ehh.. kurusnya ko apizz~~ Ko sakit ke? " (Sambil tunjuk muka kesian diorg)
hmm.. yep. mmg aku sakit. Sakit hati bila mendengarnya. Haha~
Tapi, mmg betul kot. aku sendiri x rasa yang aku ni da makin kurus. Maybe sbb aku ni selalu sakit agaknya. ntah la. 
Dari dulu lagi aku nak gemuk! tapi memang hakikatnya x boleh. Genetik keluargaku mmg camni. kurus~. Makanlah bnyak mana pun, result, kurus jugak. Haha~! :')

Dunia komik tempatan.
-Wah! sedar x sedar, usia sedikit demi sedikit menjauhkan aku dari komik! Dah lama aku x baca komik.
And part yang paling sedih, komik kat bilik aku dah berhabuk! Tebal pulak tu! Urghhh~~!! x________x
Maybe nanti kalau aku cuti aku kene luangkan masa bersihkan rak2 ni. Haha! 
Btw, komik tempatan apa yang ada skrg ni? 

Shingeki no Kyojin.
-Okay. Mula2 nya camni. Kawan aku cakap,
" Weyhh.. ko dunlud citer Attack on Titan! Best lah! "
Then aku pun cakap,
" Citer apa tu? Best sangat ke? Cam x best je bunyinya.. "
Kawan aku membalas dengan nada marah2 manja. Hahha!
" Lantak ko la. Rugi usia remaja ko x tengok. "
Aku pun wat derk je la. Ntah apa ntah citer tu pada mulanya aku memang x ada minat langsung nak amik tau. Dia tengok citer tu pun aku wat dunno je.
Then, tiba la 1 hari ni aku bosan xtau nak wat apa, muvie smua da abis tengok. aku pun dunlud la citer tu. Lepas tu aku pun tengok la. Lepas abis je 25 episode aku tengok,. esoknya,
" Mikasa Ackerman!!! "
Teriak aku kat kawan aku. Haha! Memang lawak masa tu. 
" Ko ni dah kenapa? Tu la, aku cakap citer tu best ko xnak dengar. "
Kawan aku balas.

Siyes best citer ni. Turun naik emosi aku masa tengok citer ni. Jalan citer yang kemas & ada part yang aku x menyangka ianya berlaku. Hebat sapa yang create citer ni. And, imaginasi dia sama ngan aku! Part weapon tu. Sebab aku suka main pisau tu, kadang2 aku berimaginasi. Haha! Xsangka bukan aku sorang je yang ade imagine camtu. Bangga weyh! xD
Aku x suka sangat ngan Eren. Noob! Eren noob! :'<
Overall, memang berbaloi nak isikan masa yang terluang tu dengan tengok citer ni. Kepada yang lom tengok, g la tengok. Best! 
P/S: Aku x nak baca manga dia. Sebab aku suka surprise masa tgk citernya nanti! Sabar & setia menanti. Haha!

Jual ideaku.
-Makin lama makin jelas. Aku sendiri pun da ragu2 da. Bergerak secara partner or sendiri? Maybe sendiri. Aku sebenarnya x kisah pun in partner or sendiri. Asalkan biznez tu bergerak la even a little. Sikit2 lama2 jadi bukit! Bersabar itu perlu.
Akan tetapi aku kurang masa lah nak manage biznez sendiri. Urghh! Waktu terhad!  :'<

Tak ada artwork untuk di upload?
-Bukan xda, tapi ade. Berlambak. Semuanya separuh jalan. Pastu tinggal gitu je. Haha.
Bukan sebab aku ni malas, tapi tu lah. Susah nak di ungkapkan dengan kata-kata. LOL!

Hujan.
-bukan band Hujan tu, tapi hujan yang Allah turunkan. Aku suka musim hujan. Chill gitu kan? Hujan ley tenangkan kepala aku. Kalau waktu petang tu hujan, then stop @ maghrib, pergh.. waktu malam tu adalah waktu yang aku suka. Sejuk! Kekadang aku merayau ntah mana waktu tu. Ala, bukan selalu. haha!
Kalau malas, stay kat umah je. Buat kopi panas, duduk kat luar, abiskan masa tengok langit. Masyuk! 

Jadual baru?
-Johor tukar cuti semula dari Sabtu/Ahad ke Jumaat/Sabtu. For me, it awesome!. For some people, it not. Why guys?
X suka hari Sabtu sebagai hari minggu? LOL! Aku kisah apa, bagi aku hari2 sama je. hahaha. xda beza. Sebab aku nye cuti ikut suka. 
Bukan apa, yang bekerja dapat cuti 2 hari seminggu tu sangat2 beruntung. xda la korang terkejar2 nak solat Jumaat nanti kan? Ade jugak yang tidur masa khutbah sebab penat bekerja. Haizz.. Lepas pahala korang kat situ kaum Adam oiii~
Anyway, luv this changes! Oh yeah~!

Tempat teduh.
-Aku kan, teringin sangat nak beli umah! Sebab tu aku kene reliablekan diri dalam buat semua benda! Kumpul2 duit oh!
Kalau ada rezeki, mau renovate lawa2. Hahha! Berangan x salah k! Huh? Kawen? Oh. Aku rasa aku xkan kawen kot. 1 benda yang mustahil bagi aku. Haha! Sebab tu aku melabur kat benda yang memuaskan hati aku. Rumah! Ohhhh~!
P/S: yep, jodoh smua di tangan Tuhan. Kalau da jadi, jadi lah ia. :')

Custom PC.
-Sejak2 ni aku ade demam komponen barang komputer. Agak parah jugak la. Haha!
Aku jatuh cinta ngan custom pc! Wuuuuu.. Aku ade jugak terfikir nak beli part2 komputer ni. Processor, mobo, gfx card, etc. Wat high end pc terus! Amboi. Haha. Tapi bila fikirkan balik, baik aku simpan beli umah ke apa dulu. Hahaha! Bersyukurlah ngan apa yang ada sekarang. Masih elok lagi ni. Berkuasa lagi. Tapi, Insyallah., akan aku reliasasikannya. 

Ahli baru.
-Yay! My auntyyy got baby! Luv it! Lelaki! Oh yeah. Geng baru. Haha. Belah mak aku semua laki, 2 org je pompuan.
Btw, cumil oh! Best ada baby. uhuh! Sorry. Lupalah nama nya. Haha!

Sahabat Baru.
-Oh yep. Got new best friend. Aku amat bersyukur kenal dgn dia ni. She awesome! Way too awesome! :')
Thanks sudi berkawan!
Have your cake and eat it tooKek! xD
 
Disember
-Bulan ke-2 yang aku paling2 suka selepas Ramadhan. :')
Ntah napa aku pun x tau. mood aku secara automatiknya jadi laen! xDD Haha!

Tulang rusuk.
-Grats to meh uncle yang jumpa balik tulang rusuk beliau. Haha! Alhamdulillah smuanya berjalan ngan lancar.
And xkurang juga kawan2 sebaya aku ramai da nak kawen! Untunglah mereka. Aku tumpang gumbira. Aku doakan yang terbaik untuk korang semua. Luv you all! even tough you dun see it. Well, it kinda sad. Haha! kiddin! 

Terima Kasih!
-Korang! Terima kasih la sebab sudi baca benda merapu aku ni. Yang terclick link journal aku ni walaupun x membacanya pun, terima kasih juga lah ya.
And, Terima Kasih sesangat to all yang sudi jadi kawan aku. Aku hargainya sesangat. Aku doakan yang terbaik ntuk korang! Ohyeah! Thanks! Luv u all!

Sekian,
Terima Kasih, 
Jumpa lagi.

Assalamualaikum. :')

Join the community to add your comment. Already a deviant? Log In
Doodle!
Hmm.. orait.
Literally, sepanjang 8 hari ni memang banyak benda berlaku. Yep, that's what life is.
Anyway, aku bersyukur segala urusan/pekerjaanku dipermudahkan atas izinNya. Alhamdulillah. :)
Hey! Masa aku kat tempat kerja aku, aku selalu curi masa wat doodle2 kat kertas2 kotor. heh.
Resultnya, yay! Aku kini kembali semula ke dunia imaginasiku yang setelah lamanya terpadam. Nostalgia!
Tapi, kali ni laen sikit. Aku lukis benda2 comel plak. Haha! Jangan gelak!
Doodle yang comel tu lawa pe. Tapi, sorry, wat masa ni x sempat nak upload hasilnya! ;)
Masa aku tgh doodle2 tu, terlintas kat kepala aku mau wat tees. Oh Yeah! Sape yang nak beli angkat kening! xD
Yep, akan ku usahakan ianya menjadi realiti. Insyallah.
--
Apps!
Yang ni plak dari my little bro yang sambung blaja.
Dia suruh aku guna Whatsapp & gTalk. Heh, sebagai seorang abang yang buta android & sepesen ngan nya, aku mana la tau guna!
Bagi aku, hp smua sama ja. Call. Msj. Alarm. Haha! Sbb hp ni gajet yang aku x berapa suka.
Haha! Dia kata dia da installkan kat hp. (Yep, aku x pernah beli hp seumur hidup aku. Da 6 bulan aku pakai hp adik aku right now since dia beli hp baru.)
Aku pun mencari la apps tu. Then, viola! I found it! Haha! (Cam org zaman batu jumpa hp)
Pastu aku pun guna la. Best pulok. Ramai gak chat ngan aku. Haha! Addict! k, now it ur fault, lil bro!
(Ade 1 hari tu aku x wat kje pun. dok reply mende ni smua. Haha! Sengal kan saya ni? :3 )

**aku ni kes ketinggalan zaman kan?**
--
Glasses!
Aku nak cermin mata BARU! urghhh!
Yang aku pakai sekarang ni da jejak 5 tahun! I wonder how much my power is. :'/
Aku jeles kat family/sedara aku yang diorng nye ade transition! URGHH! :'(
Nampak kewl bila kene sunlight. Haha!
Tapi, bukan tu je. Aku memang da kene beli glasses yang baru pun. Sebab mata aku da blurry a lil bit even pakai glasses! Oh no. =.=
Gaji nanti aku mau g beli trus! Kalau xda halangan. Insyallah.
--
Rambut!
Now, I REALLY MISS MY LONG HAIR! uuuuuu  T_T
xpa, bulan 5 nanti panjang balik. Haha! 4 bulan je lagi kan?
Sebab rambut pendek cam aku xda rambut je rasanya. =.=
Tapi, da panjang, kepala rasa berat plak. Haha! Baru rasa kot yang aku ade rambut. hehe
--
Work!
K, Yang ni makin bermasalah. Yep, even kucing pun ade masalah. pffft. :rofl:
Anyway, bukan masalah aku pun. Cuma sistem kerja yang merosakan segalanya.
Ya Allah, permudahkanlah segala apa yang aku lakukan, elakkanlah aku dari melakukan kesilapan. Amin. :)

Okeh. So, setakat ni je la ye for those who stalk meh. hehe!
Aku demam masa taip menatang ni. Nasib baik x selesema. Kalau x, abis lappy aku. Berlendir sini sana. Haha!
Orait geng! Assalamualaikum. :)

p/s; Oh. saya sedang mencari tees kosong.  .___.
Join the community to add your comment. Already a deviant? Log In
So, permulaan Isnin ku dimulakan dengan membuka mata. Haha. Tak lawak pun.
Sementara menanti pukul 9.45pagi, aku buatlah rutin harian ku seperti hari2 biasa.
Bermain dengan kucing ku, lap keta, peluk kucing ku, berborak ngan mak ku, bermanja dengan kucing ku.
Yep, my life kinda boring. Nasib baik kucing ku ada! Luv it~!! xD
--
Lepas 10~18minit perjalanan ke tempat kje, aku pun tiba. K, aku bukak shutter andddd..
Kotor gila! Dafuq~! haiz. . aku bukak shutter separuh je memandangkan keadaan sedemikian.
Perkara pertama aku buat, punch card, pastu bersihkan apa yang patut.
Memandangkan vacuum cleaner rosak, maka terpaksalah aku gunakan penyapu. tapi, bagi aku guna penyapu lagi best kot. Haha!
Then, lepas beberapa "jam" kemudian, viola! Bersih! Hehe.
--
Benda yang aku cukup x suka, bila ade worker perempuan, but, doesn't have any keperempuanan sense!
Pergh., kekadang tu, aku rasa cam nak marah dia je. Nasib baik aku ada iman lagi. =.="
Mana x nye, kedai bersepah kot. X kan la x reti2 tolong kemas. urgh. Dia ni nak kene suruh baru buat. Oh, please la.
Budak praktikal yang sebelumnya ngan seorang lagi yang part time tu lagi bagus! Bukan nak puji ke apa la kan, tapi, yep, REALITI depan mata.
Pasni, terpaksa la aku ngan 2 staff laen handle all of this annoying thing for us, a man. zzz.
**Dia suka k-pop dan ini menambahkan lagi rasa menyampah aku. Sorry ya!**
--
So far, everything berjalan seperti biasa. Aku cuma design je. Cam biasa, lepas 2-3jam design, aku akan tido jap. Haha!
Tapi, tadi penat sikit. hujan customer teramat la lebat pada petang hari. Sampai x cukup tangan! Sampai ade customer tu kuar gitu je sebab x dilayan. Xpa la, mungkin bukan rezeki kot.
Karenah customer ni macam2. So, layan kan je la.
--
Lastly, balik la. Ape lagi kan? Cam biasa, jalan pun da lenggang, aku buat jalan tu cam Sepang Circuit. Haha!
Cam biasa, setibanya di rumah, kucing ku yang comel tunggu aku. Sayang gila aku kat kucing aku!
Kekadang, aku maen game. Kekadang, layan short film kat youtube. Kekadang, layan movie. Dan kekadang tu jugak, tido je la kalau da xda mood. Selalunya memang xda mood pun. Haha!

Hey, sorry buat korang buang masa korang baca benda merapu ni semua. Bukan aku yang suruh pun kan? Niat hati korang yang nak baca. Haha!

That's all for 14/1/13.
Thanks~!
Assalamualaikum.

p/s; Oh damn! baru teringat esok ada temujanji ngan customer. Design belum siap!
Join the community to add your comment. Already a deviant? Log In
Featured

emm . . ? by fayazure, journal

5 jan. by fayazure, journal

sinopsis. :) by fayazure, journal

15~22.1.13 : Harapan! by fayazure, journal

14.1.13 : Penat! by fayazure, journal